Tuesday, November 22, 2016

CAJ BAYARAN UNTUK PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH

Secara umum nya, orang awam mendapatkan khidmat pesuruhjaya sumpah untuk memeterai AKUAN SUMPAH. Apa sahaja surat akuan yang perlu dilampirkan bersama-sama permohonan kepada sesuatu institusi kerajaan atau swasta biasanya akan merujuk kepada format asas Akuan sumpah di bawah Akta Akuan Sumpah yang mana tidak kira apa pun isi sumpah yang di buat, ianya dibuat dengan 'kepercayaan bahawa ianya benar menurut pengetahuan' si pembuat sumpah dan di hujung / bawah surat akuan akan tertulis "di hadapan" pesuruhjaya sumpah sebagaimana contoh dalam gambar berikut:-

format asas surat akuan (Bahasa Melayu)

format asas Statutory Declaration (English)

NOTA : Pesuruhjaya sumpah bukan lah saksi pada sesuatu perjanjian atau akuan tetapi sumpah diangkat dihadapan pesuruhjaya sumpah. Surat akuan sumpah yang di angkat 'DIMETERAI" di hadapan pesuruhjaya sumpah di mana isi kandungan di bacakan di hadapan pesuruhjaya sumpah dan selepas ditandatangani oleh pengangkat sumpah, Pesuruhjaya sumpah akan menurunkan cop dan tandatangannya.

Pertanyaan yang wujud terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat pesuruhjaya sumpah ialah berhubung kos yang perlu dibayar kepada pesuruhjaya sumpah. Setakat ini tiada kenaikan harga atas caj pesuruhjaya sumpah pada sesuatu surat akuan / afidavit asal iaitu RM4.00 sehelai sahaja untuk dokumen Asal dan RM2.00 untuk salinan.


Cara pengiraan contoh:
Untuk 1 surat akuan asal dan 1 salinan surat akuan yang sama:
Asal RM4
Salinan RM2
Jumlah RM6

Untuk 3 surat akuan yang berlainan ASAL dan tiada salinan tambahan memerlukan cop pesuruhjaya sumpah:
Asal 3 x RM4
Jumlah RM12

Untuk 1 Afidavit Asal Mahkamah dengan 2 Ekshibit, dan 1 salinan afidvit dan ekshibit yang sama:
Afidavit Asal 1 x RM4 = RM4
Ekshibit Asal 2 x RM2 = RM4
Afidavit Salinan 1 x RM2 = RM2
Ekshibit Salinan 2 x RM1 = RM2
Jumlah : RM12

Sekiranya anda dikenakan bayaran melebihi caj yang disenaraikan di papan kenyataan FEE seperti gambar atas, sila minta penjelasan dan pengiraan dan anda boleh mengajukan pertanyaan secara email kepada bpjs@kehakiman.gov.my sekiranya mendapati anda dikenakan caj yang tidak mengikut skala contohnya: RM20 untuk 2 surat akuan dan lain-lain.


Wednesday, November 2, 2016

KUASA-KUASA PESURUHJAYA SUMPAH

Persoalan samada sesuatu dokumen boleh dimeterai dihadapan pesuruhjaya sumpah ataupun tidak, ataupun samada pesuruhjaya sumpah boleh menjadi saksi perjanjian atau mengesahkan salinan dokumen tertakluk kepada asas-asas kuasa seorang pesuruhjaya sumpah yang digariskan dalam kaedah 11 dan 12 kaedah-kaedah pesuruhjaya sumpah 1993.




KAEDAH –KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993

BAHAGIAN V
KUASA-KUASA PESURUHJAYA SUMPAH

KAEDAH 11 : PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA

Tertakluk kepada apa-apa batasan yang dinyatakan dalam perlantikannya, seseorang peguambela dan peguamcara apabila dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah boleh melakukan semua atau mana-mana berikut :
(a)   Menerima akuanterimaan perempuan bersuami dalam semua hal jika akuanterimaan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;
(b)        Menerima akuanterimaan ikatan jaminan atau bon jamin;
(c)        Mengendalikan sumpah untuk:-
(i)         justifikasi jaminan;
(ii)        mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
(iii)       menerima dan mengambil jawapan, rayuan, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan mana-mana pihak atau pihak-pihak dalam apa-apa tindakan;
(iv)       pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau de bene esse atau pemeriksaan utama atau pada mana-mana keadaan lain;
(v)        sumpah wasi-wasi dan pentadbir-pentadbir; dan
(vi)       sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah.
(d)        Mengambil dan menerima akuan berkanun;

Dengan syarat bahawa seseorang peguambela dan peguamcara tidak boleh menjalankan apa-apa fungsi yang dinyatakan dalan perenggan (a) hingga (d) berkenaan dengan mana-mana orang yang terlibat dalam mana-mana prosiding mahkamah yang diwakili oleh peguambela dan peguamcara atau firmanya.

Seorang Pesuruhjaya Sumpah juga terikat dan mesti patut dengan arahan-arahan terkini oleh Ketua Hakim Negara yang boleh disemak di laman sesawang Bahagian Pesuruhjaya Sumpah (Kehakiman)

AMALAN YANG PATUT DILAKUKAN SEORANG PESURUHJAYA SUMPAH (MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH)


KAEDAH –KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993

  BAHAGIAN VI
KELAKUAN DAN TUGAS-TUGAS PESURUHJAYA SUMPAH
KAEDAH 13 : KELAKUAN DAN TUGAS-TUGAS PESURUHJAYA SUMPAH

(1)        Semasa melaksanakan tugas-tugasnya, seseorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah menyematkan di poket baju atas sebelah kiri suatu tag pengenalan yang diperihal dalam Borang 5.

(2)        Dalam menjalankan fungsi-fungsinya, seseorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah sendiri melayan mana-mana orang yang menghendaki perkhidmatannya, dan hendaklah :-
(a)   menentusahkan identiti, butir-butir peribadi sebagaimana yang diberikan dalam kad pengenalan atau passport, dan alamat orang yang membuat akuan, ikrar, afidavit, sumpah atau pernyataan di hadapan Pesuruhjaya itu;
(b)    membaca dan menerangkan kandungan dokumen dan ekshibit yang dikepilkan bersama dokumen itu, kepada deponen atau pembuat dokumen itu buta, buta huruf atau tidak memahami bahasa yang tertulis dalam dokumen itu, sebelum memperakui bahawa dia telah berbuat demikian dalam jurat;
(c)    menandatangani ringkas apa-apa perubahan yang dibuat dalam dokumen yang hendak dipersumpahkan atau di ikrarkan;
(d)  tidak mengecapkan meterainya pada mana-mana dokumen melainkan jika deponen atau pembuat dokumen telah menandatangani atau mengecap jarinya pada dokumen itu dihadapannya;
(e)  enggan memberikan perkhidmatan jawatannya apabila Pesuruhjaya itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang dihadapannya adalah terlihat dalam perdayaan, fraud, dures, atau apa-apa kelakuan lain yang menyalahi undang-undang ;
(f)     menjalankan fungsi-fungsi jawatannya dengan segera, munasabah dan cekap serta sistematik ; dan
(g)    bersedia menjalankan semua fungsi jawatannya pada waktu yang tetap dan munasabah.


(3)        Jurat ialah seperti dalam Borang 6.

Tuesday, November 1, 2016

PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH BATU PAHAT

Bermula dari 1 November 2016, perkhidmatan pesuruhjaya sumpah disediakan di Pejabat Tetuan Lily & Co. Batu Pahat yang terletak di kawasan bandar batu pahat (Jarak 5 minit memandu dari mahkamah majistret dan sesyen Batu Pahat dan sekitar pusat bandar Batu Pahat)

Sila rujuk lokasi kami berpandukan Google Maps dengan click di SINI

Sila hubungi pejabat kami (07-4311157) atau boleh hantarkan email ke alamat pesuruhjayasumpahbpj@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan berhubung perkhidmatan pesuruhjaya sumpah

Sekiranya tuan/puan perlu membuat temujanji, sila hubungi terus talian 017-4651157.