Wednesday, November 2, 2016

AMALAN YANG PATUT DILAKUKAN SEORANG PESURUHJAYA SUMPAH (MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH)


KAEDAH –KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993

  BAHAGIAN VI
KELAKUAN DAN TUGAS-TUGAS PESURUHJAYA SUMPAH
KAEDAH 13 : KELAKUAN DAN TUGAS-TUGAS PESURUHJAYA SUMPAH

(1)        Semasa melaksanakan tugas-tugasnya, seseorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah menyematkan di poket baju atas sebelah kiri suatu tag pengenalan yang diperihal dalam Borang 5.

(2)        Dalam menjalankan fungsi-fungsinya, seseorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah sendiri melayan mana-mana orang yang menghendaki perkhidmatannya, dan hendaklah :-
(a)   menentusahkan identiti, butir-butir peribadi sebagaimana yang diberikan dalam kad pengenalan atau passport, dan alamat orang yang membuat akuan, ikrar, afidavit, sumpah atau pernyataan di hadapan Pesuruhjaya itu;
(b)    membaca dan menerangkan kandungan dokumen dan ekshibit yang dikepilkan bersama dokumen itu, kepada deponen atau pembuat dokumen itu buta, buta huruf atau tidak memahami bahasa yang tertulis dalam dokumen itu, sebelum memperakui bahawa dia telah berbuat demikian dalam jurat;
(c)    menandatangani ringkas apa-apa perubahan yang dibuat dalam dokumen yang hendak dipersumpahkan atau di ikrarkan;
(d)  tidak mengecapkan meterainya pada mana-mana dokumen melainkan jika deponen atau pembuat dokumen telah menandatangani atau mengecap jarinya pada dokumen itu dihadapannya;
(e)  enggan memberikan perkhidmatan jawatannya apabila Pesuruhjaya itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang dihadapannya adalah terlihat dalam perdayaan, fraud, dures, atau apa-apa kelakuan lain yang menyalahi undang-undang ;
(f)     menjalankan fungsi-fungsi jawatannya dengan segera, munasabah dan cekap serta sistematik ; dan
(g)    bersedia menjalankan semua fungsi jawatannya pada waktu yang tetap dan munasabah.


(3)        Jurat ialah seperti dalam Borang 6.

No comments:

Post a Comment