Tuesday, November 22, 2016

CAJ BAYARAN UNTUK PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH

Secara umum nya, orang awam mendapatkan khidmat pesuruhjaya sumpah untuk memeterai AKUAN SUMPAH. Apa sahaja surat akuan yang perlu dilampirkan bersama-sama permohonan kepada sesuatu institusi kerajaan atau swasta biasanya akan merujuk kepada format asas Akuan sumpah di bawah Akta Akuan Sumpah yang mana tidak kira apa pun isi sumpah yang di buat, ianya dibuat dengan 'kepercayaan bahawa ianya benar menurut pengetahuan' si pembuat sumpah dan di hujung / bawah surat akuan akan tertulis "di hadapan" pesuruhjaya sumpah sebagaimana contoh dalam gambar berikut:-

format asas surat akuan (Bahasa Melayu)

format asas Statutory Declaration (English)

NOTA : Pesuruhjaya sumpah bukan lah saksi pada sesuatu perjanjian atau akuan tetapi sumpah diangkat dihadapan pesuruhjaya sumpah. Surat akuan sumpah yang di angkat 'DIMETERAI" di hadapan pesuruhjaya sumpah di mana isi kandungan di bacakan di hadapan pesuruhjaya sumpah dan selepas ditandatangani oleh pengangkat sumpah, Pesuruhjaya sumpah akan menurunkan cop dan tandatangannya.

Pertanyaan yang wujud terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat pesuruhjaya sumpah ialah berhubung kos yang perlu dibayar kepada pesuruhjaya sumpah. Setakat ini tiada kenaikan harga atas caj pesuruhjaya sumpah pada sesuatu surat akuan / afidavit asal iaitu RM4.00 sehelai sahaja untuk dokumen Asal dan RM2.00 untuk salinan.


Cara pengiraan contoh:
Untuk 1 surat akuan asal dan 1 salinan surat akuan yang sama:
Asal RM4
Salinan RM2
Jumlah RM6

Untuk 3 surat akuan yang berlainan ASAL dan tiada salinan tambahan memerlukan cop pesuruhjaya sumpah:
Asal 3 x RM4
Jumlah RM12

Untuk 1 Afidavit Asal Mahkamah dengan 2 Ekshibit, dan 1 salinan afidvit dan ekshibit yang sama:
Afidavit Asal 1 x RM4 = RM4
Ekshibit Asal 2 x RM2 = RM4
Afidavit Salinan 1 x RM2 = RM2
Ekshibit Salinan 2 x RM1 = RM2
Jumlah : RM12

Sekiranya anda dikenakan bayaran melebihi caj yang disenaraikan di papan kenyataan FEE seperti gambar atas, sila minta penjelasan dan pengiraan dan anda boleh mengajukan pertanyaan secara email kepada bpjs@kehakiman.gov.my sekiranya mendapati anda dikenakan caj yang tidak mengikut skala contohnya: RM20 untuk 2 surat akuan dan lain-lain.


13 comments:

  1. Jika ada yang perlukan khidmat menyediakan surat akuan sumpah, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya akan sediakan salinan PDF yang dihantar melalui WhatsApp dan boleh dicetak di mana² cyber cafe. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nak buat akuan sumpah. Macamana sy nk contact encik?

      Delete
    2. sy nak akuan sumpah untuk akuan berkanun permohonan pendaftaran personel binaan

      Delete
    3. Boleh saya tahu berapa kos nya.

      Delete
    4. Saya nak buat afidavit dan ekshibit

      Delete
    5. saya nk buat surat akuan sumpah..tp mcmna nk contact tuan?

      Delete
    6. saya buat akuan sumpah,adakah Encik masih active dalam hal itu?macam mana saya hendak contact Encik,whatsapp saya 01117970423

      Delete
  2. Saya nak buat Surat Akaun sumpah macamana nak whatapps tuan

    ReplyDelete
  3. Saya Perlu buat Surat Akaun pendapatan tuan Boleh Bantu

    ReplyDelete
  4. Saya dikenakan RM20 seorang untuk 2 muka surat akuan. Saya bawa keluarga seramai 6 orang untuk dibuat surat akuan pengesahan sumpah dan keseluruhan bayaran dikenakan adalah rm120 kesemuanya. Adakah betul fee tersebut?

    ReplyDelete
  5. Saya nak buat akuan berSumpah untuk bermaustautin Di Johor macam mana yaa..

    ReplyDelete
  6. Saya nk buat srt akaun sumpah nk mohon bantuan baiki rumah....mohon pencerahan

    ReplyDelete