Wednesday, November 2, 2016

KUASA-KUASA PESURUHJAYA SUMPAH

Persoalan samada sesuatu dokumen boleh dimeterai dihadapan pesuruhjaya sumpah ataupun tidak, ataupun samada pesuruhjaya sumpah boleh menjadi saksi perjanjian atau mengesahkan salinan dokumen tertakluk kepada asas-asas kuasa seorang pesuruhjaya sumpah yang digariskan dalam kaedah 11 dan 12 kaedah-kaedah pesuruhjaya sumpah 1993.




KAEDAH –KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993

BAHAGIAN V
KUASA-KUASA PESURUHJAYA SUMPAH

KAEDAH 11 : PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA

Tertakluk kepada apa-apa batasan yang dinyatakan dalam perlantikannya, seseorang peguambela dan peguamcara apabila dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah boleh melakukan semua atau mana-mana berikut :
(a)   Menerima akuanterimaan perempuan bersuami dalam semua hal jika akuanterimaan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;
(b)        Menerima akuanterimaan ikatan jaminan atau bon jamin;
(c)        Mengendalikan sumpah untuk:-
(i)         justifikasi jaminan;
(ii)        mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
(iii)       menerima dan mengambil jawapan, rayuan, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan mana-mana pihak atau pihak-pihak dalam apa-apa tindakan;
(iv)       pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau de bene esse atau pemeriksaan utama atau pada mana-mana keadaan lain;
(v)        sumpah wasi-wasi dan pentadbir-pentadbir; dan
(vi)       sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah.
(d)        Mengambil dan menerima akuan berkanun;

Dengan syarat bahawa seseorang peguambela dan peguamcara tidak boleh menjalankan apa-apa fungsi yang dinyatakan dalan perenggan (a) hingga (d) berkenaan dengan mana-mana orang yang terlibat dalam mana-mana prosiding mahkamah yang diwakili oleh peguambela dan peguamcara atau firmanya.

Seorang Pesuruhjaya Sumpah juga terikat dan mesti patut dengan arahan-arahan terkini oleh Ketua Hakim Negara yang boleh disemak di laman sesawang Bahagian Pesuruhjaya Sumpah (Kehakiman)

No comments:

Post a Comment